πŸ“GLOSARI ISTILAH

NFT: Token Tidak Sepiawai

OS: OpenSea, pasaran NFT utama berasaskan Ethereum.

SOL: Solana, sejenis matawang kripto.

WAGMI: "Kita semua akan berjaya"

NGMI: "Tidak akan berjaya"

LFG: "Jom Kita Pergi"

FOMO: "Takut terlepas peluang"

HODL: "Pegang sampai akhir"

Kecairan: Ketersediaan aset cair (tunai) cth. jika anda tidak mempunyai kecairan, anda tidak mempunyai wang tunai untuk membeli sesuatu jadi anda mungkin perlu jual salah satu NFT anda untuk dapatkan kecairan (wang tunai).

Lantai (Harga): Harga terendah untuk membeli sesuatu dalam projek

Nyahsenarai: Nyahsenarai NFT anda. Contoh, Dinyahsenarai kerana harga semakin meningkat

Mint: Pengagihan NFT awal dalam projek

Peta Jalan: Satu set aktiviti yang dirancang oleh projek NFT untuk tambah nilai kepada komuniti.

Gas/Perang Gas: Apabila semua orang cuba beli/jual pada masa yang sama, gas akan meningkat (bayaran untuk membeli/menjual).

Rug (Rug Pulled): Apabila manipulasi pump and dump berlaku, anda akan kena rug pulled jika anda masih pegang aset yang berkaitan apabila mereka abaikan projek tersebut.

Derivatif: Projek yang dicipta daripada projek asal, atau versi alternatif projek itu. cth. CryptoPunks dan variasi Punks yang lain.

DYOR: Buat kajian sendiri

NFA: Bukan nasihat kewangan

Pump/Dump: Pembelian beramai-ramai untuk naikkan nilai projek kemudian jualan secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan, tetapi boleh menarik perhatian ramai orang (aktiviti yang amat tak beretika!)

Ape: Ape pada sesuatu bermakna beli secara banyak. cth. Saya ape HollywoodPunks (saya beli banyak HollywoodPunks)

Paper hands: Ada tangan kertas (paper ahnd) bermakna anda akan tarik diri bawah sedikit tekanan sahaja, jadi jika harga jatuh, anda akan cepat tarik diri dan cuba keluar dengan harga yang lebih rendah.

GM: "selamat pagi," cara "log masuk" dalam pelayan.

GN: "selamat malam," cara "log keluar" dari pelayan.

Degen: Kata singkatan untuk Degenerate. Dagangan degen atau mod Degen ialah apabila pedagang melakukan dagangan tanpa usaha dan penyelidikan yang wajar, bergantung pada isyarat dan FOMO kedalam pembelian. Seorang Pedagang Degen Trader tak tahu mengenai perkara seperti FDV atau TVL dan mereka juga tidak peduli jika tahu. Mereka beli kerana logo aset itu kelihatan comel, atau kerana slogan itu menarik, atau kerana beberapa gadis anime yang terkenal di internet kata mereka ada dalam dunia kripto dan dua komen prmosi pertama dapat lebih banyak suka daripada yang lain. Secara umum, seorang pedagang degen beli aset bukan kerana mereka dapat lihat nilainya, sebaliknya mereka melakukannya atas kepercayaan bahawa orang lain akan menyertai selepas mereka dan buat spekulasi mengenai perubahan harga.

Magic Eden: Pasaran NFT terkemuka di ruang Solana. Pusat kepada pencipta digital generasi yang akan datang. Cari koleksi Solana NFT terbaik dan terkini di sini.

Last updated