# GLOSARI ISTILAH

<mark style="color:yellow;">**NFT:**</mark> Token Tidak Sepiawai

<mark style="color:yellow;">**OS:**</mark> OpenSea, pasaran NFT utama berasaskan Ethereum.

<mark style="color:yellow;">**SOL:**</mark> Solana, sejenis matawang kripto.

<mark style="color:yellow;">**WAGMI:**</mark> "Kita semua akan berjaya"

<mark style="color:yellow;">**NGMI:**</mark> "Tidak akan berjaya"

<mark style="color:yellow;">**LFG:**</mark> "Jom Kita Pergi"

<mark style="color:yellow;">**FOMO:**</mark> "Takut terlepas peluang"

<mark style="color:yellow;">**HODL:**</mark> "Pegang sampai akhir"

<mark style="color:yellow;">**Kecairan:**</mark> Ketersediaan aset cair (tunai) cth. jika anda tidak mempunyai kecairan, anda tidak mempunyai wang tunai untuk membeli sesuatu jadi anda mungkin perlu jual salah satu NFT anda untuk dapatkan kecairan (wang tunai).

<mark style="color:yellow;">**Lantai (Harga):**</mark> Harga terendah untuk membeli sesuatu dalam projek

<mark style="color:yellow;">**Nyahsenarai:**</mark> Nyahsenarai NFT anda. Contoh, Dinyahsenarai kerana harga semakin meningkat

<mark style="color:yellow;">**Mint:**</mark> Pengagihan NFT awal dalam projek

<mark style="color:yellow;">**Peta Jalan:**</mark> Satu set aktiviti yang dirancang oleh projek NFT untuk tambah nilai kepada komuniti.

<mark style="color:yellow;">**Gas/Perang Gas:**</mark> Apabila semua orang cuba beli/jual pada masa yang sama, gas akan meningkat (bayaran untuk membeli/menjual).

<mark style="color:yellow;">**Rug (Rug Pulled):**</mark> Apabila manipulasi pump and dump berlaku, anda akan kena rug pulled jika anda masih pegang aset yang berkaitan apabila mereka abaikan projek tersebut.

Derivatif<mark style="color:yellow;">**:**</mark> Projek yang dicipta daripada projek asal, atau versi alternatif projek itu. cth. CryptoPunks dan variasi Punks yang lain.

<mark style="color:yellow;">**DYOR:**</mark> Buat kajian sendiri

<mark style="color:yellow;">**NFA:**</mark> Bukan nasihat kewangan&#x20;

<mark style="color:yellow;">**Pump/Dump:**</mark> Pembelian beramai-ramai untuk naikkan nilai projek kemudian jualan secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan, tetapi boleh menarik perhatian ramai orang (aktiviti yang amat tak beretika!)

<mark style="color:yellow;">**Ape:**</mark> Ape pada sesuatu bermakna beli secara banyak. cth. Saya ape HollywoodPunks (saya beli banyak HollywoodPunks)

<mark style="color:yellow;">**Paper hands:**</mark> Ada tangan kertas (paper ahnd) bermakna anda akan tarik diri bawah sedikit tekanan sahaja, jadi jika harga jatuh, anda akan cepat tarik diri dan cuba keluar dengan harga yang lebih rendah.

<mark style="color:yellow;">**GM:**</mark> "selamat pagi," cara "log masuk" dalam pelayan.

<mark style="color:yellow;">**GN:**</mark> "selamat malam," cara "log keluar" dari pelayan.

<mark style="color:yellow;">**Degen:**</mark> Kata singkatan untuk Degenerate. Dagangan degen atau mod Degen ialah apabila pedagang melakukan dagangan tanpa usaha dan penyelidikan yang wajar, bergantung pada isyarat dan FOMO kedalam pembelian. Seorang Pedagang Degen Trader tak tahu mengenai perkara seperti FDV atau TVL dan mereka juga tidak peduli jika tahu. Mereka beli kerana logo aset itu kelihatan comel, atau kerana slogan itu menarik, atau kerana beberapa gadis anime yang terkenal di internet kata mereka ada dalam dunia kripto dan dua komen prmosi pertama dapat lebih banyak suka daripada yang lain. Secara umum, seorang pedagang degen beli aset bukan kerana mereka dapat lihat nilainya, sebaliknya mereka melakukannya atas kepercayaan bahawa orang lain akan menyertai selepas mereka dan buat spekulasi mengenai perubahan harga.

<mark style="color:yellow;">**Magic Eden:**</mark> Pasaran NFT terkemuka di ruang Solana. Pusat kepada pencipta digital generasi yang akan datang. Cari koleksi Solana NFT terbaik dan terkini di sini.
